Credits to:

http://www.deviantart.com

Monday, January 12, 2009

Misi Orang Asli - Kg Serigala

DAVID LEONG KIN MING
A123427
FKEJ / JKMB 1



Pengalaman di MOA.....
LOKASI: KG SERIGALA, TJG MALIM


MOA kali ini merupakan 'mission trip' saya yang pertama. Saya terhutang budi atas kemesraan orang asli di Kg Serigala. Mereka bukan sahaja sudi meluangkan masa dengan kami, malah memasak untuk kami pada suatu ketika. Walau bagaimanapun, saya paling bersyukur atas tanganNya di atas kehidupan mereka, walaupun mereka tidak diberkati dari segi kebendaan seperti kami di bandar, dan UKM. Saya pun terfikir kenapa saya selalu merungut dan rasa tidak puas hati walaupun Allah telah memberkati saya dari segi kebendaan... Tuhan pernah mengatakan kepada seorang pengkhutbah dalam satu 'DVD sermon' yang telah saya tontoni, "merungut umpama mengatakan kepada Tuhan: Tuhan saya lebih tahu apa yang penting dalam hidup saya berbanding dengan kamu, saya lebih memahami situasi saya berbanding kamu. Kamu seharusnya melakukan begini, begitu..." Saya sedar dan teringat akan diri sendiri yang sering merungut, biar di mulut mahupun di hati.

Genap satu bulan selepas MOA, saya tidak tahu jika cara hidup saya berubah baik. Sebenarnya, pilihan menyertai MOA untuk tujuan mengubah hidup sendiri amat baik, namun saya percaya bahawa perubahan tidak berlaku selepas satu malam.
Perubahan adalah hasil daripada pilihan manusia untuk mentaati dan mematuhi seruan Tuhan ataupun tidak, dalam jangka masa yang panjang. Walaubagaimanapun, persepsi saya terhadap golongan orang asli telah berubah sekaligus.

Pergilah ke MOA. Biar satu kali pun, untuk pengalamannya. Pergilah ke MOA lagi(jika anda pernah pergi), sebagai cara menyembah Tuhan, sebagai satu persembahan kepadaNya. Berikanlah masa, kewangan, dan daya usaha anda, dan sediakan diri anda untuk rencanaNya melalui MOA. Pemberian ini diumpamakan sebagai 'serpihan yang amat kecil' berbanding pemberian Tuhan melalui kematian Yesus demi kita. Dengan segala pemberian Allah atas kasih karuniaNya, kita sepatutnya berikan yang terbaik kepada Tuhan Bapa di syurga.

"....supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang jati." - Roma 12:1

Sekiranya kita sentiasa sibuk dengan pekerjaan atau pelajaran dan tiada masa melayaniNya (misalnya MOA), saya percaya bahawa kita harus mempertimbangkan prioriti-prioriti diri. Mementingkan pelajaran bukanlah salah, namun lebih mementingkan pelajaran daripada Allah jelas salah. Ia dipanggil keberhalaan(idolatry).


Pendek kata, jika kamu tahu bahawa Roh Kudus inginkan kamu menyertai MOA, jangan teragak-agak lagi! (tapi pergilah dengan motif-motif yang betul)

Apa yang mampu kita berikan kepada Tuhan? Tiada apapun. Semua yang kita ada adalah hasil kasih karuniaNya. Puji Tuhan!

No comments: